Cari Blog Ini

Kamis, 09 Juni 2016

Nasehat Seputar Melakuakan Hubungan Intim (jimak) Dalam Pandangan Melayu


1. Ingat Àllah

Walaupun semasa bersetubuh, jangan biarkan diri anda lalai daripada mengingati Allah. Biarlah pancutan air mani anda keluar sambil anda mensucikan dengan kalimah zikrullah. Semasa anda masukkan zakar, berzikir dalam hati dengan kalimah Allah, semasa hendak menariknya juga dengan zikir. Begitulah seterusnya. Semasa dayungan sorong tarik, hati anda terus berzikir dengan Allah. lni bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat menumpukan pada keagungan Ilahi, dan dari segi psikologinya ia akan dapat memberi anda keupayaan mengawal dan mengemudikan kelakuan jimak anda, serta melambatkan keluarnya air mani. Di samping itu, biasanya nak yang dilahirkan sukar untuk berpenyakit sawan.

Baca doa ketika anzal/orgasme. Ketika anzal atau terpancar mani, maka bacalah pula doa berikut di dalam hati dan jangan membaca secara Iisan atau menggerak kedua bibir, kerana dilarang menyebut nama Allah ketika hadas besar. Tetapi menyebut di dalam hati tidak dilarang.

 Doanya adalah seperti berikut:

ًاريدَق َكﱡبَر َناك وَ ًارْھِص َو ًابَسَن ُهَلَعَجَف ًارَشَب ِءامْلا َنِم َقَلَخ يذﱠلا َوُھ َو

Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (mempunyai) keturunan dan mushâharah, dan adalah Tuhan-mu Maha Kuasa. – al Furqan, Ayat 54

Adapula fatwa menganjurkan agar semasa terpancar air mani (anzal), ucaplah “La ilahaillallah Muhammadur Rasulullah” di dalam hati, bukan dengan lidah atau secara berlafaz. Tujuannya ialah untuk mengislarnkan benih-benih yang mula beroperasi untuk menjadi zuriat. Kebiasaannya, orang cuma mengazan atau memperdengar-kan kalimah syahadah, apabila anak baru lahir, tetapi ada pendapat menganjurkan agar kita mengIslam zuriat kita sejak ketika benihnya lagi iaitu semasa keluar mani dengan mengikut kaedah yang disebut di atas.

Ketika menyebut di dalam hati itu, hendaklah disertai dengan niat agar benih itu menjadi insan yang soleh. Orang yang memberi petua kaedah ini kepada saya telahpun meninggal dunia dan ilmunya sekarang saya sebarkan kepada umum, semoga Allah memberi pahala kepadanya apabila ada yang mengamalkannya.

Saya masih ingat pesanannya: “Manusia ketika ibadah ingat kepada Allah, tetapi dalam berjimak lalai pada Allah, padahal jimak itu hendak mengeluarkan benih yang suci yang mana pihak lelaki tempatkannya selama 40 hari didallam rahim isterinya. Datangnya dengan kalimah, keluarnya dengan kalimah. Bezakan jimak kami dengan jimak haiwan dan dengan jimak orang yang kafir, juga dengan jimak orang yang jahil yang berjimak semata-mata untuk memuaskan nafsu

2. Mengesat Dan Meramas.

Sebaik sahaja selesai berjimak, sebelum membasuh kemaluan, isteri hendaklah mengesat kemaluan suami dengan kain tuala alau kain pengesat atau kertas tisu. Cara itu boleh mengharmonikan rasa kasih suami dan suami terasa nikmat jika semasa mengesat itu, isteri mengusap dan ramas-ramas serta mengurut-urut dengan perlahan zakar suami.

Peranan kerjasama Suami Isteri meningkatkan kenikmatan Suami dan isteri dalam setiap persetubuhan mestilah melaksanakan peranan masing-masing bagi mencapai kepuasan bersama. Peranan suami terletak pada sejauh mana suami memahami teknik bersetubuh dengan berbagai macam teknik dan posisi. Sedang isteri pula tidak boleh diam diri ketika jimak berlangsung. Isteri harus ikut aktif dalam setiap persetubuhan.
Agar mencapai perkahwinan yang harmonis, maka diperlukan peranan aktif dari isteri dalam persetubuhan sehingga suami merasa sayang dan cinta karna memberikan kenikmatan syurga dunia.
Dan suami tidak jatuh dalam pelukan wanita lain. Jangan memberi alasan dengan berbagai alasan untuk menolak keinginan suami mencumbu dan mengajak untuk berjimak karena tidak menyukai cara suami yang aneh-aneh seperti misalnya bersetubuh dengan berbagai posisi yang berganti-ganti. Hendaklah diketahui bahawa hal itu dilakukan adalah untuk kesenangan dan kenikmatan kedua belah pihak, kerana jika melakukan dengan hanya satu posisi saja tanpa menukar-nukar dengan posisi yang lain dari waktu ke waktu menyebabkan timbul perasaan bosan.

 Jika seorang isteri mengetahui keinginan-keinginan seks yang terkandung dan terselubung dalam otak suarni, berbahagialah isteri tersebut. Isteri harus berusaha agar suami jangan jatuh ke jurang maksiat seks. Selamat kanlah suami ke dalam pelukan anda. Sebab apabila isteri tidak berhasil menjaga suami dari pelukannya dan sampai jatuh ke dalam pelukan wanita lain, maka hancurlah rumahtangga.

Banyak suami yang naik ghairah seksnya bila melihat isterinya memakai pakaian yang seksi, misalnya memakai seJuar ketat atau seluar pendek atau bikini dan coli tipis alau lain-lain jenis. Waktu itu, si isteri bendaklah mengetahui bagaimana untuk membuatkan suami menjadi gembira dan puas. Caranya ialah mengenakan pakaian yang dapat mengairah seks suami, karena suami akan terpancing ghairah seksnya dengan melihat isteri memakai pakaian yang menarik.

Seorang isteri yang tidak bersedia dan tidak mahu mengikuti atau mengabulkan keinginan suaminya dalam soal seksual akan membahayakan kehidupan perkahwinannya. Suatu waktu isteri akan ditinggalkan suaminya dan mengalami kesunyian di malam hari.
Cara yang terbaik dalam masalah seks ialah penyerahan zahir dan batin kepada keinginan suami dan demikian juga dengan suami, penyerahan dirinya zahir dan batin kepada keinginan isteri, asal dalam batas kewajaran manusia melakukan hubungan suami isteri. Kerana kadang-kadang suami atau isteri, masing-masing mempunyai selera atau pun daya tarikan dan kemahuan seks yang tersendiri.

 Oleh sebab itu dalam mengadakan hubungan seks, suami atau isteri menyerahkan hal itu kepada cara masing-masing, Perlu diingat agar masing-masing tidak hanya pentingkan diri sendiri, tanpa mengira pihak lain apakah suka atau tidak. Jika salah satu pihak melakukan mengikut suka hati sendiri, sedangkan pihak lain tidak suka, ini berkemungkinan boleh mendatangkan perasaan bosan.Walau bagaimana pun, dalam semua hal, suami isteri kena berpakat dan berbincang tentang caramana masing-masing berasa nikmat, sesuai atau cocok dan menggembirakan. Mana-mana yang kurang disenangi, jika boleh bertolak ansur dengan cara yang baik, eloklah dibuka ruang untuk bertolak ansur.

Hendaknya diketahui bahawa jarang terdapat suami yang sanggup mengungkapkan rahsia yang terkandung di dalam batinya dan jarang pula yang sanggup berbual-bual memberikan pengertian kepada isterinya. Pada umumnya mereka menyukai jalan yang paling mudah. Dan ini harus dicegah. Jangan biarkan suami terjerumus demikian. Demikian juga di pihak isteri, maka suami haruslah fahami hal-hal yang tersirat itu.
Seorang suami atau isteri hendaknya sentiasa memperba-arui kebidupan perkahwinan mereka, misalnya mengusahakan dan mengubah berbagai cara dalam persetubuhan, agar tidak terasa jemu dengan satu cara sahaja. Contohnya, isteri hendakJah berusaha memikat suaminya dengan memakai berbagai jenis pakaian yang menarik hati suaminya.

Demikianlah di pihak suami agar sentiasa merancang strategi untuk menghadapi isteri dengan suatu cara yang tidak dapat dijangkakan oleh isteri sebelumnya. Inilah teknik dan seni percintaan di antara suanni isteri yang perlu diiwujudkan dengan penuh penelitian dan kesabaran.
Berbubung dengan itu pelbagai gerakan harus dilangsungkan ketika bersetubuh, bagi mencapai kepuasan di pihak isteri atau suami. Untuk keperluan itu isteri harus memberi peluang kepada suaminya agar pada tempat-tempat atau pada alat kelaminnya dapat tersentuh oleh zakar agar mendapat gesekan yang tepat dari suami.

 Tempat-tempat khusus yang sensitif ialah kelentit, dinding vagina, dan mulut rahim/batu meriyan. Umpamanya, isteri dapat menolong mengadakan gerakan(goyangan) secara berganti-gantian dengan suaminya yaitu setiap pergerkan ke bawah dari suaminya disambut dengan gerakan ke atas dari istrinya untuk memberikan kenikmatan yang lebih, isteri hendak-lah melakukan gerakan-gerakan seperti berputar-putar atau bergoyang-goyang. Untuk membuat isteri puas pula, maka pihak suami mengetahui cara untuk mengenakan gesekan zakarnya agar menyentuh kelentit dan dindng rahim bahagian atas, bahagian bawah, bahagian kanan, bahagian kiri, tekanan gesekannya pula harus berganti-ganti.

Bila suami sedang berada di atas, isteri hendaknya memegang dan memeluk suami dengan penuh ghairah agar kedua pihak bertarnbah nikmat. Setelah itu isteri lakukan pula gerakan pinggangnya dan goyangan-goyangan seolah-olah satu lingkaran atau putaran. Sekiranya isleri berada di bawah dengan mendiamkan diri, mungkin suami akan terasa isterinya tidak ada respon bagai bersetubuh dengan batang pisang sahaja. Tentu suasana menjadi hambar.
Sebenarnya goyangan-goyangan sangat memberikan nikmat dan kesedapan pada suami. Goyangan-goyangan itu seperti tarian Hawaian atau tari Hip hop, iaitu tarian yang menggunakan lingkaran rotan yang melingkar di pinggang.

Bagi isteri yang pinggangnya ramping dan kalau berjalan berlenggang lenggok, membuat gerakan goyangan-goyangan seperti lingkaran itu tentu tidak sukar. Isteri hendaklah pintar melayani suaminya dalam persetubuhan, bukan hanya mencintainya saja dengan sebulat hati. Bila hal ini dilakukan maka isteri berhasil menambat suaminya kepada dirinya lnsyallah, bahawa betapa kuat keinginan suami supaya dia dilayani, sama seperti dia melayani kesenangan isterinya selama bersetubuh. Seorang isteri yang pandai menari suatu tarian adalah baik, dan lebih baik lagi bila isteri pandai menarikan suatu tarian yang bermanfaat bagi kehidupan rumahtangga yaitu tarian persetubuhan dengan seni yang halus dan lembut sewaktu bersetubuh dengan suaminya.

Gerakan-gerakan yang halus ialah gerakan yang dilakukan dengan perasaan. Kedua belah pihak dapat melakukannya. Suami mengangguk-anggukkan zakarnya yang sedang berada di dalam faraj dan isteri pula meramas-ramas zakar yang berada di dalam farajnya dengan mengadakan gerakan (kemutan) farajnya, menyedut-nyedut batang zakar suaminya bagai anak-anak menghisap jejarinya. Atau gunakan gerakan punggung di tarik ke bawah dan mengangkatkan sedikit pinggangnya ke atas. Cara itu akan memberi rasa bagai kemutan liang faraj. Kesedapan isteri yang paling tinggi ialah bila kepala zakar suami dapat menyentuh-nyentuh leher rahimnya /batu meriyan, atau batang zakar suami menyentuh kelentitnya. Usaha suami untuk mencari leher dan mulut rahim yang terletak jauh di dalam faraj itu hendaknya dibantu oleh isteri. Jangan malu-malu memberitahukan kepada suami tempat mana yang paling enak tersentuh oleh zakar suamiinya.

Banyak isteri-isteri berpendapat apabila leher rahimnya tersenggol-senggol hujung zakar suaminya, inilah pengalaman yang paling memuaskan, dibandingkan dengan keluar maninya kerana gesekan-gesekan pada kelentit dan dinding vagina (faraj), lebih-lebih lagi ketika sedang mencapai klimaks. Oleh sebab itu ada isteri yang menyuruh suaminya menggoyang lebih kuat dan membenamkan zakarnya lebih dalam lagi ke dalam farajnya, ketika ia sedang sampai kemuncak (terpancar maninya), sambil itu isteri juga, tanpa disedari mengerang kesedapan lebih kuat. Itulah saat puncak nikmat isteri. Isteri juga boleh menentukan lamanya masa bersetubuh, apabila turun maninya yang terakhir sudah membuatnya benar puas (sampai klimaks). Dan jangan malu-malu mengatakan kalau isteri belum puas. Suami harus mempelajari kebiasaan nafsu isterinya. Setelah mengetahui berusaha supaya diapun memancarkan air maninya serentak dengan saat isterinya terpancar maninya.

Persetubuhan ini akan menambahkan kenikmatan apabila keduanya terpancar mani serentak. Kedua-duanya akan merasakan adanya tarikan-tarikan yang timbal-balik dalam alat kelamin. Isteri dapat memperhebat semburan mani suaminya dengan memicit-micit punggung suami sambil menarik punggung suami kebawah agar tusukan (tikaman) zakar suami tenggelam lebih dalam dan terasa sentuhan pada leher rahimnya. Suami pula ketika itu akan terasa seluruh zakarnya bernda dalam liang faraj, sambil ia menguatkan lagi goyangannya. Setelah isterinya selesai, teruslah goyangan dihentikan dan menamatkan goyangannya dengan ditusukkan lebih dalam zakarnya ke dalam faraj isterinya. Ketika itu, tanpa disedari dan terasa malu, isterinya akan mengerang kesedapan dan sambil tangannya memeluk badan suaminya dengan erat sekali.

3. Peranan Perasaan Kasih Sayang

Rasa mengasihi dan menyayangi harus tumbuh di dalam kalbu, karena senie memberikan kesenangan kepada suami dan sebaliknya ialah kasih sayang dan berbakti. Keindahan dan manisnya semua liku di dalam persetubuhan itu ditemukan bila di situ terdapat cinta yang padu. Rasa cinta mencintai antara suami isteri itu lebih kudus dan lebih suci apabila didalamnya terdapat rasa berbakti. Isteri berbakti kepada suaminya dan suami menyayangi isterinya dengan sepenuh hati. Persetubuhan dipandang sebagai kebaktian yang seindah-indahnya adalah bergantung pada kerjasama suami isteri selama mereka bersetubuh. Bila berjimak hanya karena ingin melepaskan nafsu saja, hal itu menimbulkan kesan yang keji. Bila hal itu berlangsung, akan menimbulkan rasa jijik pada isteri bila disetubuhi oleh suaminya.

Sebaliknya pula, bila isteri minta ia disetubuhi kerana ingin memuaskan hawa nafsunya akan terasa pula dalam batn suami apa sebenamya yang terkandung dalam kemahuan isterinya. Sebab itu, hendaknya persetubuhan dilakukan dengan niat untuk memberikan kepada yang disayangi akan kenikmatan yang setinggi-tingginya yang dapat diberikan. Maka, barulah persetubuhan itu memberi bekas yang baik, luhur apa lagi untuk mendapatkan keturunan. Pemberian yang ikhlas itu bagi jiwa diterima sebagai suatu bukti cinta, kasih dan sayang yang amat memuaskan. Bila suami isteri sarna-sarna merasakan pemberian itu dengan ikhlas dan melahirkan niat suci itu (dalam jimak yang aktif) untuk kesenangan suaminya atau untuk kesenangan isterinya maka jimak itu terjadi suatu yang kudus, yang kesannya tetap memperkuat dan memperteguh persatuan jiwa suami isteri berdua untuk selama-lamanya.

Persetubuhan dengan niat bakti kepada pasangan kita dan bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikannya kepada kita itu dipandang oleh agama Islam sebagai suatu ibadah dan berpahala.

 Sepertimana sabda Nabi SAW, maksudnya;

“Dan bagi kamu pahala kerana menjimak isteri.Parasahabat bertanya: Apakah melepaskan nafsu syahwat kepada para isteri itu mendapat pahala?
Jawab Nabi SAW , ‘Apa pendapat kamu kalau sekiranya melepaskan nafsu syahwat kepada yang haram, apakah ia tidak berdosa? Begitulah apabila ia dilepaskan ke jalan yang halal, maka pastilah mendapal pahala”

 Nabi SAW bersabda lagi, maksudnya ;

“…… dalam melakukan persetubuhan dianggap melakukan sedekah….. ”(Riwayat Muslim)


Persetubuhan akan dinilai sebagai ibadah sedekah kalau dilakukan dengan niat hendak menyedekahkan kepada isteri atau kepada suami. Hadis yang menyatakan anggota badan dapat melakukan sedekah. Misalnya tangan kita yang memungut paku di jalan dan melemparkan ke tepi agar orang yang lalu-lalang tidak memijaknya adalah sedekah. Misalnya memberikan nasehat yang baik kepada seseorang yang diucapkan dengan lidah, merupakan sedekah.

 Sabda Nabi SAW itu menerangkan apabila seseorang mahu bersedekah itu ada banyak jalannya. Dengan pekerjaan kelaminnya pun seseorang akan dapat beramal, sedekah kepada orang yang berhak menerimanya yaitu suami atau isteri kita. Dengan niat hendak bersedekah kepada isteri atau suami kita terhindar nafsu ingin memburu kesenangan diri sendiri. Betapa kudusnya persetubuhan yang dilakukan sebagai pekerjaan ibadah bagi melayani suami atau isteri atas niat bakti, tanpa mengharapkan balas jasa apa-apa. lnilah budi pekerti yang meluhurkan persetubuhan.

Ini dipandang sebagai puncak kepuasan jiwa. Bagi suami isteri yang berperasaan halus, kenikmatan dalam persetubuhan merupakan syarat mutlak untuk memperoleh kepuasan rohani. Kenikmatan tidak akan didapati dalam persetubuhan jika di antara dua orang suami isteri yang saling membenci atau persetubuhan tanpa nikah (zina) atau tidak berniat kerana ibadah dan rasa bakti. Selepas kedua-dua suami isteri selesai bersetubuh dan setelah keduanya dianugerahi rahmat kenikmalan bersetubuh yang sempuma, berilah ciuman sebagai tanda terima kasih kepada suami atau isteri sebelum asing-masing terlelap dalam tidur.

Hal ini merupakan sentuhan terakhir untuk lukisan kasih sayang yang mana lukisannya telah dilukis berdua dengan mesra. Apabila dari cetusan kasih sayang suami isteri yang sejak awal sampai akhir mencapai puncaknya dengan keluarnya mani, maka persetubuhan seperti itu tidak menimbul letih dan lesu, tidak terasa sengal pada tubuh dan boleh menghapus rasa benci dan pemarah. Yang hanya didapati ialah kesedapan yang meliputi jasad dan roh. Bahkan keesokannya masing-masing terasa segar dan amat mesra sekali. Itulah puncak kenikmalan dan kebahagiaan syurga dunia. Insyallah…..

Referensi: https://putraramasejati.wordpress.com/rahasia-nikmat-jimak-warisan-melayu-risalah-petuah-teknik-hubungan-seks-untuk-kepuasan-maksimal/


Tidak ada komentar:

Posting Komentar