Cari Blog Ini

Selasa, 31 Mei 2016

Gairah Faraj (Vagina) Dan Kemutannya


Faraj yang berada di dalam keadaan keghairahan dan bersedia untuk dijimak apabila jenis mengemut-ngemut. Proses perubahan berikut patut diketahui bagi membolehkan suami apabila berjimak dengan anda yang tepat pada masanya. Perlu diketahui bahawa masa yang diambil oleh faraj untuk ghairah adalah lama begitu juga masa untuk mengendur semula berbanding zakar lelaki. Proses perubahan peningkatan ghairah faraj adalah sebagaimana berikut:

1. Semua pembuluh darah yang membekalkan darah ke faraj secara keseluruhannya akan mengembang sebagaimana zakar tegang.
2. Tisu-tisu seperti span di sekeliling bibir kecil dan juga bibir besar faraj akan mengembang dan menjadi bengkak.
3. Biji kelentit menjadi tegang dan menampakkan dirinya dari celah-celah kulupnya (kelentit yang menutupinya).
4. Bibir faraj (bibir luar) mula mengembang membesar.
5. Dinding-dinding faraj sebelah terutama makam lazat mula bertindak mengeluarkan mazi iaitu sejenis cairan yang sangat licin dan tidak berwarna. Ia bertujuan untuk melicinkan faraj bagi memudahkan jimak.
6. Lubang vagina mula mengembang, membentuk ruang di hadapan faraj dan memanjangkan saluran faraj serta menyediakan ruang untuk menerima zakar. Ia juga menjadikan biji kelentit dan bibir kecil lebih terkeluar dan lebih senang menyentuh zakar.
7. Saluran faraj (corong vagina) berubah menjadi silinder yang berlubang dan terbuka untuk menerima zakar. Saluran ini pada masa tidak ghairah berkeadaan leper di mana langitnya menyentuh bumi.
8. Berkemungkinan pada peringkat ini sejenis cairan yang dipanggil Nisa’u Ibtida’u Rahim akan keluar dari faraj. Ia adalah cecair yang agak pekat berwarna putih dan berubah seperti putih telur setengah masak.
9. Tanda-tanda kegairahan faraj ini akan diikuti oleh badan anda yang bergerak-gerak. Faraj anda akan bergerak-gerak dan mengemut-ngemut. Nafas semakin kencang. Daya sedar anda akan berkurangan dan mata layu tertutup dan mungkin akan mengerang keseronokan.

Inii adalah tanda bahawa masa untuk anda dijimakkan telah sampai .Pengetahuan mengenai keghairahan faraj harus dipelajari bersama dengan istimtak (cumbu rayu) serta bayan-bayan, Ilmu Insan dan edaran nafsu perempuan yang akan diceritakan nanti.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar