Cari Blog Ini

Selasa, 31 Mei 2016

Anggota Dalam Faraj (Vagina) Wanita

Berikut pula digambarkan keadaan di dalam faraj menerusi satu gambarajah keratan melintang sebagai panduan mengenai rupa bentuk faraj dan rahim.


SELAPUT DARA
Dara bermaksud daging nipis umpama kulit bawang yang menutupi bahagian corong makam lazat dari permukaan lubang faraj. Ia juga dipanggil Selaput Perdaraan. Anak Dara adalah istilah yang digunakan bagi wanita yang belum pernah bersetubuh yang secara asasnya dianggap masih mempunyai Dara. Hilang Dara pula digunakan oleh orang Melayu bagi menamakan keadaan bila Dara telah terkoyak. Dara dikenali sebagai lambang kesucian wanita. Secara deskriptifnya Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. Ia sukar dikenal pasti oleh mata kasar terutama oleh lelaki yang melihatnya buat pertama kali. Dara dianggap sebagai mahkota wanita semua bangsa di setiap zaman, hatta zaman moden dan zaman kemudian dari ini. Sebagai lambang kesucian wanita, Dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan dan hanya diserahkan kepada suami yang tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan tusukan zakar semasa jimak malam pertama. Namun begitu tidaklah semua wanita dapat mempertahankan Dara. Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja apatah lagi jika telah melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Suatu hal yang patut diketahui ialah bahawa Dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan. Istilah gadis atau Anak Dara atau Bikir sebenarnya bermaksud sebagai wanita yang belum berkahwin. Walaupun begitu lelaki tetap mempunyai sifat keegoan. Ada yang menolak wanita yang dikahwini apabila didapati bahawa pada malam pertama berjimak isterinya telah tiada dara. Sifat ini amat ketara dalam masyarakat Melayu zaman dahulu. Pada malam pertama suami akan dibekalkan oleh ibu si isteri dengan kain putih atau sapu tangan putih. Semasa melakukan jimak buat petama kali, Dara akan terkoyak dan sedikit darah bayu akan keluar. Darah ini akan dikesat dengan menggunakan kain tersebut. Pada keesokan harinya kain itu akan diserahkan kepada ibu isteri sebagai tanda bahawa kedua-dua suami isteri tiada bermasalah. Si suami mempunyai zakar yang cukup tegang untuk memecahkan Dara sementara si isteri telah dapat mempertahankan mahkota kesuciannya sehingga pada ketika itu. Tanda tersebut amat membanggakan kedua belah keluarga pengantin. Pada masa sekarang adat ini tidak dipraktikan lagi. Banyak atau sedikitnya darah yang keluar bergantung kepada bentuk dara. Jika mazi isteri banyak maka darah bayu akan bercampur pula dengan mazi. Jika darah amat sedikit maka ia tidak dapat dilihat dengan jelas. Mungkin Dara terkoyak sedikit sahaja dan dari itu darahnya juga sedikit. Besar kemungkinan suami telah memecahkan dara tetapi tidak sedar akan fenomena ini kerana tiada tanda khusus yang dapat dikenal dan kalau pun ada cuma dari segi kesakitan isteri. Namun ia hanyalah sedikit dan sebentar dan akan hilang dalam keghairahan isteri. Ada juga wanita Daranya bertaut kembali walaupun telah melakukan persetubuhan. Maka kaitan Dara dan kesucian hanyalah adat dan bukanlah merupakan syarat yang sebenar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar